istana kuning&bandar kuala kangsar
Istana Kuning, Kuala Kangsar
Pokok getah pertama yang ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah Kuala Kangsar.
Kawasan wisata dan rekreasi di Kuala Kangsar
Kegiatan Ekonomi
Untuk rencana lanjutan, lihat Kegiatan Ekonomi di Kuala Kangsar
Industri Kerajinan tangan di Kuala Kangsar ialah :
- Labu Sayong
- Tekatan Benang Emas
Infrastruktur
Pendidikan
Institusi pendidikan di Kuala Kangsar termasuk:
- Kolej Melayu Kuala Kangsar
- SMK Clifford
- SMK Raja Muda Musa
- SMK Raja Perempuan Mazwin
- SMJK (C) Tsung Wah
- SRK Clifford
- SRK Datin Khadijah
- SRK Sultan Idris II
Pengangkutan
Di Daerah Kuala Kangsar, terdapat 5 buah jembatan yang dibangun melintasi Sungai Perak.
- Jembatan Iskandar
- Jembatan Sultan Azlan Shah (laluan Lebuhraya Utara Selatan)
- Jembatan Sultan Abdul Jalil (menghubungkan kota ini dengan Kampung Sayong)
- Jembatan Victoria (jembatan kereta api terpanjang)
- Jembatan Kereta api Landasan Berkembar
Sosial dan Kemasyarakatan
- Rumah Sakit
- Klinik Kesehatan dan Gigi
- Kantor Pos
- Stasiun Keretapi
- Halte Bus Setempat / Ekspres
- Masjid
Perbankan dan Institusi Keuangan
- Bank Simpanan Nasional
- Public Finance
- Bank Muamalat
- Bank Pertanian
- Malayan Banking
Posted at 11:12 pm by http://negeriperak.blogdrive.com/.
Permalink
Masjid Ubudiah
|
Terletak di atas Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah merupakan salah sebuah masjid yang tercantik di negara ini dan menjadi simbol keagungan dan peradaban Islam di Perak. Kubah dan menara emas masjid yang tersergam indah membuktikan keindahan dan keunikan senibina masyarakat Islam.
Pembinaan masjid ini bermula semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah 1, Sultan Perak yang ke-28, tetapi telah tergendala untuk beberapa ketika. Peristiwa dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan yang berlari di atas lantai marmar yang diimport dari Itali, lantas merosakkannya serta Perang Dunia Pertama adalah dua sebab utama tergendalanya projek pembinaan tersebut. Masjid ini kemudiannya telah dibuka secara rasmi oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. |
Posted at 07:35 pm by http://negeriperak.blogdrive.com/.
Permalink
Bendera
Manusia merasakan perlunya satu simbol atau lambang sebagai tanda dirinya, keluarganya dan negaranya. Simbol-simbol tersebut mempunyai berbagai-bagai bentuk di mana salah satu daripadanya ialah bendera. Bendera telah mula digunakan semenjak kurun ke enambelas dalam bentuk, saiz, warna dan rekabentuk yang berbeza-beza. Penggunaan bendera yang awal dapat dikesan ialah bendera yang digunakan pada tahun 1122 sebelum masihi oleh Maharaja Chou di China. Maharaja Chou iaitu Pengasas Dinasti Chou menggunakan bendera atau banner berwarna putih. Dalam bahasa Inggerisnya, perkataan Flag berasal dari perkataan Old Saxon atau German, Flaken atau Fleogan yang membawa maksud mengibar atau mengapungkan di atas angin. Bagaimanapun kini perkataan bendera dikhususkan kepada rekabentuk kain yang dikibarkan dari tiang yang tegak (vertical staff). Hari ini bendera adalah lambang kewujudan dan kedaulatan sesebuah wilayah, negeri atau negara. Bendera berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. Pujangga pernah berkata 'Bendera adalah suatu perkara yang mudah iaitu tidak lebih daripada secebis kain berwarna. Walau bagaimanapun kerananya manusia sanggup bermati-matian'.
Posted at 12:56 am by http://negeriperak.blogdrive.com/.
Permalink